life is like acting on the stage spontaneously. role play as ourselves IS the greatest challenge ever. trust yourself and follow your instinct. play the role happily and full of confident. defence your rights thus what is YOURS, will remains YOURS. LIVE LIFE TO THE FULLEST!

Followers

March 20, 2011

BAS


A : nak pergi main boling kat kampus barat larhh. BAS ada pukul berapa?
B : setiap setengah jam ada BAS. nanti kau check arr kat board.
____________________________________________________________________

C : cepat-cepat. kita kena naik BAS pukul 10. kalau terlepas, kena tunggu next bas pukul 12.
D : tapi.... (sambil pegang perut, terlompat-lompat pulakk tuhh..)
C : tahan jap. kita kejar BAS dulu. nanti tak sempat masuk kelas.
_____________________________________________________________________

E : alamak! last BAS pukul 6 petang.
F : huh!
E : ehh! bukan lahh. itu untuk hari Ahad. hari ini hari Sabtu. BAS ada sampai pukul 11 malam.
F : kauu nii. buat kecoh jerk.... (-.-')
____________________________________________________________________

G : nak keluar minggu ini. tapi aku tak nak bayar duit kereta.
H : tu arr.. aku pun, tak da duit. tapi nak kuar jugakkk.
I : apa susahh. kita naik BAS Unimas jerk. pergi waterfront ponn, macam-macam boleh buat.
G & H : haaa. bijak gak ko neyhh. :)
H : nak naik BAS pergi Kuching yg pukul 1 atau pukul 10?
I : kita pergi pukul 1 larhh. kurang possibility sikit nak spend duit banyak-banyak. pastuh, balik naik BAS pukul 5.
G : OK! kita kuar pergi makan and wayang jerkk. tak payah shopping. boleh jimat duit.
____________________________________________________________________

WHOAA! seriouslayyyy, topik hangat pada entri kali ini adalah: BAS! jangan pandang enteng dekat aku sebab nak cerita pasal BAS. sincerely, perkhidmatan bas UNIMAS memang tiptop! :) [gua cakap terus terang, gua memang teruja glerr pasal bas sebab dulu sekolah gua daif. tak dakk bas sendiri macam sekolah orang lain. takdak sapa nak sponsor sekolah kami. sobsob :'( walau daif dengan kemudahan bas, tapi nasib baik ada kolam renang sebagai ganti. itu buat gua ada senang hati larhh jugakk. haha. ilapyoutgb] memang hebat betul perkhidmatan bas UNIMAS. gua bagi 5bintang untuk BAS UNIMAS. *tepuk tangan dengan gemuruh*
deretan bas

hai. kamik mok klaka seghawak plak..

"kitak baca cerita-cerita nok kat atas ya, mesti tak rasa terkejut pasal bas kat UNIMAS tok. kitak iboh jak mok bagik alasan sikda transport mok gi sinee-sinee. kitak gi jak kat depo bas, pasya sinee-sinee tempat nok kitak mok pegi, kitak boleh gi. mok round satu UNIMAS pun leh. Mok gi KUCHING pon boleh juak. sik payah jak busy mok sewa keta or mok nait van sewa. pake jak BAS Unimas"
faham sik kamik madah?
adoyhh.. mari translate ke bahasa utagha plakk..
"hang baca cerita banyak-banyak kat atas tuhh, mesti hang terkedu pasai perkhidmatan bas kat UNIMAS. hang toksahh dok bagi alasan tak dak transport nak pi sana, nak mai sini. hang pi ja depo BAS, macam-macam tempat hang boleh pergi. back kata omputih 'anytime, anywhere'. keliling universiti dia (bas) pi ronda. even, hang nak pi Kuching pon tak dak masalah. toksah dok kalut-kalut nak sewa kereta larhh, nak naik van angkut larhh, BAS UNIMAS bolehh tolong bawak. free of charge :)"

laa ni, hang mesti clear norhh kami dok kata apa.. :)

depo bas : tempat permulaan
UNIMAS Gemilang

dah hampir satu setengah sem aku bermastautin kt UNIMAS, aku dah boleh hafal jadual perjalanan bas [cehh.. macam aku plak yang jadi konduktor bas] kalau dalam jadual tulis next bas pada pukul 11 pagi, firasat aku boleh agak bas akan tepat sampai pada jam (....sekian,sekian....) dekat tempat menunngu di (....sekian,sekian....) . memang pantas dan efisyen taiko-taiko bas drive pacuan empat roda ini. *tabik springg yaww!*

tapi,

kadang-kadang

rasa kesian sangat tengok otai-otai bas neyh penat lelah kerja siang malam bawa bas round UNIMAS, non-stop dorang duduk kat seat pemandu tuhh. hari-hari buat benda yan sama *start enjin, isi minyak bas, pusing stereng ke kiri dan ke kanan, tekan clutch, masuk gear, speed sikit, break jaga-jaga, ambil student, turunkan student ......... dan seterusnya....... berulang lagi*
kemeja putih tajam di lengan dipadankan dengan seluar slack hitam atau lebih ranggi dipakai bersama jeans gelap lengkap dengan kasut hitam berkilat lagak seperti anggota polis, otai-otai bas bertugas setiap masa bergilir-gilir tanpa jemu.*sekali lagi, tabikk spring, yaww!

sungguh! aku kagum. tapi, bukan bermaksud aku bercita-cita untuk end-up jadi seperti mereka. setiap perkara yang wujud di dunia neyh, ada kebaikan dan keburukan. semuanya saling melengkapi. terpulang pada kita nak mencorak dan memilih jalan yang perlu dituju.

well, rasanya macam nak berkongsi sepotong ayat daripada seorang yang amat aku hormati dan sayangi,
"kalau nak kerja dan hidup senang, kenalah belajar susah-susah dahulu,
tapi, kalau dari sekarang nak belajar senang je, nnt tyme kerja kena susah-susah"

hidup penuh semangat!

p/s: dah berkurun entri neyh di karang. mcm biasa larhh. M.A.L.A.S bermaharajalela. haha

No comments:

Post a Comment